Usahalah menjauhi riba dalam diri, keluarga, dan negara

riba

Advertisements
Image | Posted on by | Leave a comment

Selangor jauh lebih baik baik bawah Pakatan Rakyat

mat taib selangor lebih baik bawah pr

Image | Posted on by | Leave a comment

PAS mengimbang antara pembangunan spiritual dan material

mutiara 2

Image | Posted on by | Leave a comment

Harakah 22 April 2013: Tan Sri Muhammad masuk PAS

md_taibTan Sri Muhamad menyerahkan borang permohonan menyertai PAS kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

 “Saya masuk PAS bukan hendak jadi calon atau merebut jawatan dalam PAS,” kata Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib ketika mengumumkan penyertaannya kepada PAS hari ini. Atas dasar itulah, katanya, majlis penyerahan borang memohon menjadi ahli PAS hari ini dibuat selepas penamaan calon PRU 13.

Muhamad hari ini menyerahkan permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan diperhatikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu dan naib-naib Presiden PAS.

Pagi ini juga Muhamad menghantar surat kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor bagi memaklumkan dia telah meninggalkan Umno mulai dari tarikh surat ini iaitu 22 April 2013. Salinan surat itu dihantar kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Bagi Mohamad Taib, pengalaman dalam Umno mengajar dia untuk berbuat perkara lebih baik untuk negara.

“Memang benar kita berjaya membentuk negara maju. Negeri Selangorpun kita berjaya membentuk menjadi negeri maju.

“Tetapi bagi saya perubahan perlu dibuat, supaya pembangunan kita ada roh,” kata Muhamad ketika berucap di majlis hari ini.

Atas dasar itulah, katanya, beliau memilih untuk menhyertai PAS.

“Mana parti yang boleh mengisi roh ini selain dari pasti yang memperjuangkan Islam,” katanya.

Menurut Muhamad, selepas beliau tidak mempunyai kerja, beliau banyak menghabiskan masanya untuk pergi ke surau dan masjid.

“Saya pergi ke surau, belajar agama, belajar al Quran. Saya perhatikan, hanya PAS boleh membawa pengaruh untuk membetulkan keadaan ini,” tegas Mohamad.

Sebelum itu, Ustaz Hadi dalam ucapannya berkata, beliau bertemu dengan Muhamad lebih setahun yang lalu. Namun, kita hanya membuat majlis penyerahan hari ini untuk mengelak persepsi kata Muhamad hendak menjadi calon atau jawatan dalam PAS.

Ustaz Haron Din pula berkata, beliau bertemu pertama kali dengan Muhamad semasa menunaikan umrah bersama di Mekah.

“Ketika itu bas kami rosak…dan dia sebagai menteri besar ketika itu yang pertama turun untuk menolak bas itu.

“Sejak hari itu kami rapat dan saya memberikan kuliah mingguan di rumah MB Selangor,” kata Ustaz Haron. (Harakah 22 April 20132

Posted in Berita | Leave a comment

Muhammad Taib Sah Sertai PAS – BULETIN 13

Video | Posted on by | Leave a comment

Tamrin, Mohd Taib gesa ahli UMNO sokong Pakatan

Video | Posted on by | Leave a comment

Metronews: Mat Taib Mike Tyson, Masuk Pas

Video | Posted on by | Leave a comment